Tuesday, November 10, 2009

The answers

Seperti yang di janjikan, ai akan cuba membalas semua soalan yang uols bagi the other day. Nasib baik tak banyak.. Fuhhhh!


So.. here goes.


Dari faiez (yang tamak haloba memberikan 3 soalan sekaligus ;p)


1. camne pehe akk leh kecit je erk..dulu maksod sy.ketike dulu.bkn skng ini*mau kn lempang ngn tuan blog;p*
2.kte nak bc blog akk dr mule2 die dilahirkan tp smpi la ni tak dpt gak.camneeeee..nak dr awl..
3.akk keje erk?

Okeh... peha. Sehingga kehari ni akak sangat bersyukur kerana dilahirkan dengan peha dan kaki yang tak berisi. Montot juga tidak berisi (yang ni agak sedih tapi redha la.. hihi). Sangat bangga bila memakai skinny jeans atau legging kerana nampak kurus sahaja. Tapi kalau tengok bahagian kaki lah.. kalau tengok dari pinggang ke muka.. Maka akak akan nampak seperti humty dumpty.



Nasib baik selepas lahirkan Danish, peha membesar sedikit. Kalau dulu, haruslah memakai tops yang menutup peha agar tidak kelihatan terlalu lidi atau papan plywood. Ohh.. zaman sekolah akak di panggil papan plywood. Waktu kelas pertukangan Kemahiran Hidup sangat lah sengsara *lap air mata* Sebagai kesimpulan, akak tak buat apa-apa pada peha ni.. Dah semulajadi. Tidak melibatkan sebarang senaman :D

Jawapan kedua, akak mula mem-blog tak silap sejak February, 2008. Sebelum ni, tak pernah lagi menyorokkan entry-entry lama. Tapi lama kelamaan ramai pulak yang menghantar email berbau dengki menyampah dengan apa yang akak merepek disini. Maka, tiada lagi old archives. Walaubagaimanapun akak masih berbaik hati dengan meletakkan widget Linkwithin.. Sila baca dari situ sahaja. Harap maaf. hihi

Jawapan ketiga, ya.. akak bekerja tapi sesuka hati *wink*

Dari SUFEE (yang mempunyai anak comel-comel belaka) dan M'Zfara (yang manes bertudung)

soklan saya, mcm mana nak add CPM kat FB :))??

Sayangs, uols boleh add i kat cikpuanmuda[at]hotmail[dot]com. Tapi please lah tinggalkan mesej ke intro ke hapa cuz i sangat takut nak add strangers kat fesbuk lately. Sekarang ada 58 request lagi yang pending. Bukan tak nak add tapi berasa sedikit ngeri :D

Dari mamaQaseh (yang mempunyai anak bernama Qaseh :p sungguh menggeramkan)

salam,

1. saya pon nk add kt fb bleh??
2. beauty tips...cane nk eliminate or at least minimize oily skin prob?? tulun..berminyak sgt muka ni sampai org perli bleh guna grg ikan..
*sob*sob*..sedey

Salam,

Nampaknya u dah ada banyak petua berkaitan kulit berminyak in ur blog. I too have a very sensitive combination skin. I dah try almost everything to eliminate the oils tapi agak susah. So what i did was sentiasa pastikan pakai produk yang dikhaskan untuk kulit berminyak. Pakai lotion instead of cream cuz cream ni lebih pekat maka lebih menyebabkan minyak. Lotion light sket. Kalau boleh pilih yang water-based. Sentiasa bawak facial blotting paper ke mana-mana. Agak-agak muka berkilat, blot it pastu tempek bedak balik (tapi i tak rajin touch up bedak balik.. ehehe)

Dari CT Noramiza (yang disable excess ke profile dia :p)

Nak tanya CPM, kat mana tops yg murah, tp cantek menarik tertarik kau mmg da bomb, ke tops yg mahal je yang cantek??? jawab tau :)

Agak susah menjawab soalan itu.. Kang kalau kata memang benar tops yang mahal adalah lebih cantik, cam melampau tak sedar diri pulak.. tapi kadangkala, tops yang sedikit mahal memang memberi kelainan sikit kepada si pemakai (statement cam dalam majalah pulekkk). Maksudnya, design-design tops tersebut nampak sedikit berlainan dari tops yang biasa. Berbeza dari quality kain dan detailings. Tapii... kalau pandai carik, sebenarnya ada (banyak) jugak tops yang murah dan cantik. Contoh kedai murah dan ada yang cantik (tapi kena pandai pilih) adalah Nichii. Kadangkala design tops kat situ, lebih kurang sama dengan design top dekat Topshop, Zara etc etc. But than again, kena pandai pilih.. Kalau beli baju mahal tapi asyik pakai baju yang sama je, takde makne jugak kan? Baik beli yang murah pastu lepas 2-3 kali pakai, humbankan ke dalam almari :D

Dari Yatie81 (yang memprivate kan blog nya tapi tak jemput saye :p)

Nk tanya macam mana nk kasi kurus skit muka..kekeke cikpuanmuda kasi jawapan leh x

Cemana nak kuruskan muka? yang tu ai tak boleh jawab la laling, sebab ai juga adalah bermuka pinggan yang sekarang mula bertukar kepada dulang *sob* Tapi ada satu tips berguna.. Jangan ambik gambar dengan muka straight pandang kamera, alihkan sikit muka ke kiri atau kanan anda.. Side profile lah kata orang putih. Jangan lupa untuk chin up juga.. Akan membantu eliminate double chin. Maka muka akan kelihatan slim sikit.

Itu saje dari C!kpuanmuda kali ini. Selamat mencuba dan selamat beramal!!!


15 comments:

CiK By said...

hahaha gambar tu seakan perli aku..kepala beso =P

che'puan Idot said...

alaaa..
i pun nak tahya soalan.
bila ni ada sesi soal jawab?i tak tau pun.
ada soalan lewat boleh ke

yatie81 said...

ok cpm..tq ngan jawapan tu..ahakss..sat lagi jemput2 la ekk gi blog sy...buat masa nie invite org tertentu jer dulu..ader lalat..ahakss

C!kpuanmuda said...

cik by ~ kepala ko besar ke? ko besar kepala.. muahahahah!

yatie ~ ok.. mekaseyy

che puan ~ ha.. tu tak bukak blog ni hari2 la tu :p.. nak tanye ape? silakannnnn

ღ.faiez.ღ said...

mekaseh...

*menitik air mate akibat tidak mempunyai pehe kecit sepeti akk*..


iklas dari tamak haloba.;p

kak,np tone kulit akk sm je erk..

hahahha..smpt agi membagi soklan..sbb muke akk punye wane sm je..tade gelap kat bagian tetentu..

C!kpuanmuda said...

faiez ~ mudah saje adikku, sebab tak reti edit gambar dengan betul.. sepatutnya memang kena ada shading kat bahagian tertentu lah.. hahha

S.u.F.e.E said...

CPM

ada lagi soklan, dah tau jantina baby? sewonoknyaaaaaaaaa... ke dah totop sesi soal jawab neh? *hehehe, ai plak yang ober*

ai dah add u dkt fb.. isk, dengan request ai tu you takyah la nak ngeri2 eak.. accept jer, ai ni ikhlas orang nya :)

che'puan Idot said...

hah boleh tanya soalan yer?

ok..ok..sila jawab!

apa pengalaman paling memalukan?
apa pengalaman paling ngeri?
apa pengalaman paling best?
apa pengalaman paling tak boleh lupa?

hah kan dah cakap sila tanya kan??
jgn nak ngelat!!

Aida Narina said...

cpm! i tak tahan gelak je dari tadi baca entry u yang ni.dari humpty-dumpty sampai la ke muka dulang. No u are not! :) You are a Hot mama waiting to pop out a Hot baby. Go hot mama! :)

CT NORAMIZA said...

heheheh...tenkiu2, sbb sudi jawab soklan akak :) ye ke disable excess, x pe, nnt akak tgk apa yg akak dah godam kat situ

Mama Qaseh said...

CPM,
thanks for the answer..

Akak Ratu said...

hahahaaaa akak sentiasa terhibur baca blog CPM ;-)

m'Z faRa.. said...

sya,i da try carik sys kat Fb by email yang sys bagi..tapi still x dapat pown..
isk..isk...:(

Lynda said...

klaka la ko ni nora

green apple said...

kak sri siantan rupanya kau ni..