Wednesday, November 11, 2009

Bla.. bla.. yadaa.. yada...

Hmm.. malam tadi rasa macam banyak sangat nak story kat sini. Tapi bila online pagi ni terus kapoooff! gone! Selalu sangat macam tu. Banyak terminum air bersemut kot ;p


Okay lah.. I'd like to talk about me myself lah this time (macam la sebelum ni tak cakap. huhu). Am currently on my 5th month of pregnancy (yeah.. yeah.. cerita perut lagi..). No more muntah-muntah. Dah sangat cergas rasanya. The other day boleh berjalan sakan ke Midvalley dengan my sistas. Ohh.. belum pun update pasal tu ek? Nanti-nanti lah i update pasal tu pulak.


Life.. Lately i rasa cam miserable sket. Maybe sebab pregnancy hormon la kot cuz dulu i preggy kan Danish pun camni jugak. In fact waktu dalam pantang pun sama. Sikit-sikit nak nangis, sikit-sikit nak marah, sikit-sikit nak emo. I just can't help it lah. I know what i did/felt will effect the baby but i can't control it. Rasa macam.... waktu preggy ni la orang ni nak cari pasal, orang tu nak buat hal.. Haihh! Cemana la nak bagi relaks sikit ni.. Maybe i kena start beli novel cam dulu kot. Membaca. Hmm.. Nanti nak try la..


I dah boleh pakai perfume and bau perfume. Before this i can't smell my own perfumes rasa cam pening tangkap otak but now dah ok. But my hubby's i still cannot tahan. Boleh masam muka kalau dia pakai perfume. Rasa pening sangat. Haha.. Owh.. talking bout perfumes kan, i'd like to buy myself new perfume tapi takde idea nak beli yang mana. I suka bau yang classy and sophisticated. Floral is a big no-no for me. Any suggestion ladies?


Makan.. tak selera sangat makan nasi. Bila dah lapar betul, terpaksa la jugak telan nasi. Pernah 2 hari berturut i tak jamah nasi langsung. I makan buah, minum susu, roti, maggi, nugget, sosej, fries.. Hmm.. i know benda-benda tu tak berkhasiat tapi tak boleh sangat la telan nasi. Tak selera. Tapi dalam tak makan nasik tu, berat naik jugak :D Takpe la.. anything for u baby. Lepas ni mommy kena kerja keras sket *tskk*


My belly.. berkembang dengan pesatnya. I dah start rasa gatal-gatal sebab dia menegang. I dah start letak lotion and what not atas perut nih. Kalau boleh tak nak stretchmark teruk cam previous pregnancy. Dulu adalah pemalas lipas nak letak lotion. Merasa la perut cam tah hape-hape. Sekarang sudah insaf :D Hmm.. ada sesapa nak recommend strechmark lotion yang bagus-nak-mati tak? Oh... lupe nak bagitau, waktu malam i tak payah susah-susah nak sapu lotion cam dulu. Kali ni ada orang tu sangat rajin sapukan lotion kat perut i yang boncet ni. Sape lagi kan? Tak lain tak bukan, Danish la.. kalau nampak ai selak baju mula la standby ambik lotion. Mak layankan je.. haha.. Mr.Hubby nak sapu lotion kat perut?? Hoh... jangan mimpi la! Eh tapi dia pun sweet jugak tahu, malam-malam kalau i cramp dia cepat-cepat bangun picitkan kaki i (sambil tutup mata) sampai hilang cramp tu. Thank you dear hubby :)


Oh.. ini bukan gambar sebenar (pic google-ed). Jangan mimpi haku nak ambik gambar macam nih.. haha


Apa lagi ek? Hmm.. ohh.. masuk hari ni dah 3 hari i potty train Danish. Next year nak gi school kalau boleh i tak nak dia pakai diapers. Lagipun kesian daddy dia. Tahun depan kena beli diapers untuk baby pulak. Kalau Danish pun still pakai diapers lagi, alamatnya penuh tong sampah rumah kitorang dengan diapers budak je.. huhu! Btw, kitorang dah decide nak hantar Danish ke school next year dan Danish pun nampak macam tak sabar sebab kitorang dah bawak dia tengok school dia. Tiap-tiap pagi, bila bangun mesti tanya, "ni nak gi school ke mommy?". Hopefully dia ok la kat school tu nanti. Jangan dia belasah anak orang sudah.. Puas kitorang nak menjawab ngan mak bapak budak tu nanti ;p






I hate November

Bulan sakit hati. Full stop.



Tuesday, November 10, 2009

The answers

Seperti yang di janjikan, ai akan cuba membalas semua soalan yang uols bagi the other day. Nasib baik tak banyak.. Fuhhhh!


So.. here goes.


Dari faiez (yang tamak haloba memberikan 3 soalan sekaligus ;p)


1. camne pehe akk leh kecit je erk..dulu maksod sy.ketike dulu.bkn skng ini*mau kn lempang ngn tuan blog;p*
2.kte nak bc blog akk dr mule2 die dilahirkan tp smpi la ni tak dpt gak.camneeeee..nak dr awl..
3.akk keje erk?

Okeh... peha. Sehingga kehari ni akak sangat bersyukur kerana dilahirkan dengan peha dan kaki yang tak berisi. Montot juga tidak berisi (yang ni agak sedih tapi redha la.. hihi). Sangat bangga bila memakai skinny jeans atau legging kerana nampak kurus sahaja. Tapi kalau tengok bahagian kaki lah.. kalau tengok dari pinggang ke muka.. Maka akak akan nampak seperti humty dumpty.



Nasib baik selepas lahirkan Danish, peha membesar sedikit. Kalau dulu, haruslah memakai tops yang menutup peha agar tidak kelihatan terlalu lidi atau papan plywood. Ohh.. zaman sekolah akak di panggil papan plywood. Waktu kelas pertukangan Kemahiran Hidup sangat lah sengsara *lap air mata* Sebagai kesimpulan, akak tak buat apa-apa pada peha ni.. Dah semulajadi. Tidak melibatkan sebarang senaman :D

Jawapan kedua, akak mula mem-blog tak silap sejak February, 2008. Sebelum ni, tak pernah lagi menyorokkan entry-entry lama. Tapi lama kelamaan ramai pulak yang menghantar email berbau dengki menyampah dengan apa yang akak merepek disini. Maka, tiada lagi old archives. Walaubagaimanapun akak masih berbaik hati dengan meletakkan widget Linkwithin.. Sila baca dari situ sahaja. Harap maaf. hihi

Jawapan ketiga, ya.. akak bekerja tapi sesuka hati *wink*

Dari SUFEE (yang mempunyai anak comel-comel belaka) dan M'Zfara (yang manes bertudung)

soklan saya, mcm mana nak add CPM kat FB :))??

Sayangs, uols boleh add i kat cikpuanmuda[at]hotmail[dot]com. Tapi please lah tinggalkan mesej ke intro ke hapa cuz i sangat takut nak add strangers kat fesbuk lately. Sekarang ada 58 request lagi yang pending. Bukan tak nak add tapi berasa sedikit ngeri :D

Dari mamaQaseh (yang mempunyai anak bernama Qaseh :p sungguh menggeramkan)

salam,

1. saya pon nk add kt fb bleh??
2. beauty tips...cane nk eliminate or at least minimize oily skin prob?? tulun..berminyak sgt muka ni sampai org perli bleh guna grg ikan..
*sob*sob*..sedey

Salam,

Nampaknya u dah ada banyak petua berkaitan kulit berminyak in ur blog. I too have a very sensitive combination skin. I dah try almost everything to eliminate the oils tapi agak susah. So what i did was sentiasa pastikan pakai produk yang dikhaskan untuk kulit berminyak. Pakai lotion instead of cream cuz cream ni lebih pekat maka lebih menyebabkan minyak. Lotion light sket. Kalau boleh pilih yang water-based. Sentiasa bawak facial blotting paper ke mana-mana. Agak-agak muka berkilat, blot it pastu tempek bedak balik (tapi i tak rajin touch up bedak balik.. ehehe)

Dari CT Noramiza (yang disable excess ke profile dia :p)

Nak tanya CPM, kat mana tops yg murah, tp cantek menarik tertarik kau mmg da bomb, ke tops yg mahal je yang cantek??? jawab tau :)

Agak susah menjawab soalan itu.. Kang kalau kata memang benar tops yang mahal adalah lebih cantik, cam melampau tak sedar diri pulak.. tapi kadangkala, tops yang sedikit mahal memang memberi kelainan sikit kepada si pemakai (statement cam dalam majalah pulekkk). Maksudnya, design-design tops tersebut nampak sedikit berlainan dari tops yang biasa. Berbeza dari quality kain dan detailings. Tapii... kalau pandai carik, sebenarnya ada (banyak) jugak tops yang murah dan cantik. Contoh kedai murah dan ada yang cantik (tapi kena pandai pilih) adalah Nichii. Kadangkala design tops kat situ, lebih kurang sama dengan design top dekat Topshop, Zara etc etc. But than again, kena pandai pilih.. Kalau beli baju mahal tapi asyik pakai baju yang sama je, takde makne jugak kan? Baik beli yang murah pastu lepas 2-3 kali pakai, humbankan ke dalam almari :D

Dari Yatie81 (yang memprivate kan blog nya tapi tak jemput saye :p)

Nk tanya macam mana nk kasi kurus skit muka..kekeke cikpuanmuda kasi jawapan leh x

Cemana nak kuruskan muka? yang tu ai tak boleh jawab la laling, sebab ai juga adalah bermuka pinggan yang sekarang mula bertukar kepada dulang *sob* Tapi ada satu tips berguna.. Jangan ambik gambar dengan muka straight pandang kamera, alihkan sikit muka ke kiri atau kanan anda.. Side profile lah kata orang putih. Jangan lupa untuk chin up juga.. Akan membantu eliminate double chin. Maka muka akan kelihatan slim sikit.

Itu saje dari C!kpuanmuda kali ini. Selamat mencuba dan selamat beramal!!!


Monday, November 9, 2009

5 months preggy

Ramai yang request nak tengok gambar perut kan? Sila la tengok puas-puas ;p



Si boncet yang gemar camwhore. Muahahahaha!




Ahad

Semalam adalah hari berdua. Dah lama tak keluar berdua. Dulu before preggy, friday nite adalah hari (wajib) beronggeng berdua.. Tapi semenjak pening-pening muntah-muntah haritu aktiviti tidak dapat diteruskan.


Kebetulan konon-konon semalam adalah hari yang agak 'menarik' :D maka Danish ditinggalkan dengan PIL. Mr.Hubby agak tak sampai hati nak tinggalkan Danish mula-mula. Sebab kitorang keluar siang, kalau malam sekejap je dia dah tido so kitorang tak kisah nak tinggal dia. Ni siang.. Sure dia boring kena tinggal. Tapi bila fikir-fikir balik, hmm... we need time together alone. Kalau Danish ikut, asyik la melayan dia bercakap dalam kereta. Non-stop! Macam-macam yang dia nak tanya. Bila dia takde, boleh la both of us bergesel-gesel berborak-borak tanpa ada yang kacau :D


Eh, tapi rasa sunyi pulak takde yang menyebuk-nyebuk dalam kereta. Hahaha.. I ingat i je rasa sunyi. Rupa-rupanya Mr.Hubby pun sama.. huhu! Takpe, seminggu sekali Danish mesti kena tinggal. Kacau daun saje ;p


Ai takde mood nak pergi jauh-jauh sebab rasa macam takde apa yang ai perlu nak beli. Blame it on the pregnancy hormone. haha.. I just nak keluar makan, and jalan berdua. Mr.Hubby told me that his friends tengah dok sibuk-sibuk pergi ujibakat RajaLawak kat Plaza Alam Sentral.


Sebelum tengok movie, saje je la singgah Plaza Alam Sentral nak tengok 'konon-konon pelawak' audition. First time ai masuk Plaza Alam Sentral. Hish.. ramai sungguh orang. Yang nak audition pun sama ramai. Semangat sungguh diorang ni. Takde kerja ke hape ;p I personally think that diorang yang pergi audition ni main tangkap muat je. Some of them langsung cam takde preparation. Ntah hape-hape! Ohh.. btw, Mr.Hubby's friends pun tak dapat sebab masa 2 minit je. Belum masuk part lawak dah kena turun stage.. Hahahahaha.. lawak! lawak!


Tak lama pun kitorang kat situ.. Tak bleh blah sungguh. Macam-macam orang ada. Lepas tu kitorang terus ke Aeon Bukit Tinggi. Nak tengok Pisau Cukur. I suka Fazura punya style, jadi filem tu tak boleh di lepaskan cuz i nak tengok how she dressed up in that movie. Lagipunnnn.. ada Aaron Aziz *dada berdebar-debar*. Eh.. tak pasal-pasal kan? Tak sedar diri awak tu boncet ;p


Pic google-ed



Pisau Cukur?? Hm.. jalan cerita so-so la.. Mr.Hubby tak puas hati sebab tak tunjuk kereta mewah, shopping brand-brand mewah segala.. Ye lah.. kata pisau cukur kan. Balik-balik cerita pasal lelaki tua kawin ramai pastu mati sebab Viagra.. Muahahaha. Agak letih la tengok t*tek selambak pakai toga tops/dress itu.. Kepada siapa yang dah tengok, u know what i mean lah kan.. hihiii


Tapi, watak Fazura memang menjadi la. Sangat gedik tahap tak bleh blah. "Oh, my Gucci!" haha... Maya Karin? Don't ask me. I'm not her fan *wink*


Kalau saje-saje nak masuk panggung layan buang masa boleh la kot.. Tapi for me, kalau nak tengok sangat (lagi sekali pun) baik beli dvd je ;)


Ohh.. lepas tgk movie, telah membeli baju-baju 'konon' maternity yang perasan comel. Suka!


** I sooo want Fazura's blue ribbon waistbelt!